Tuesday, 28 May 2013

Aku Cinta Dia

Demi Tuhan..aku sungguh mencintai dia.

Pernah suatu waktu..aku berangankan seseorang hadir dlm hidup..
berpimpin tangan membawaku berjalan..dan duduk beruntai kaki di
titian pelangi indah. Seseorang yg benar-benar memahami dan
menghayati makna sebuah cinta. Lalu dia membuka jalan..
mengajar aku cinta bukan hanya pada lafaz perkataan..
malah lebih dari itu. Betapa cinta perlukan pengorbanan.
Cinta yg membuat aku bahagia..merasakan dia sentiasa di sisi
menemani walau hakikatnya tiada. Cinta yg membuat aku
menggigil lemah tak berdaya bila dia menjauh. Cinta yg
membuat KAMI saling melengkapi dan kami BAHAGIA.

Sunday, 26 May 2013

CuTi

Cuti sekolah dah bermula..aku pun yg susah nak dpt cuti ni awal-awal lagi
dah pangkah kalendar untuk bercuti dan pulang berehat di kg.
Bukan nak pergi mana pun..sekadar bermalas-malas dan merehatkan
minda dari meredah "jam" ke tempat kerja..maupun meloloskan diri
dari asakan bertubi.."figure..figure..figure.."

Hmm..cuti sekolah..mesti la musim kenduri kahwin kan.
Boleh la kita pekena nasi minyak.
Mudahan beroleh kesihatan yg baik sepanjang cuti ini.

Saturday, 4 May 2013

PATRIOTIK

Jiwa patriotik tidak semestinya kamu perlu mengangkat senjata..
Jiwa patriotik bukan hanya dengan memakai seragam keselamatan..
memadailah dengan kamu menunaikan kewajipan sebagai
warganegara..dengan membuang undi pada hari ini.

Syukur Alhamdulillah.
Saya telah berjaya membuang undi di sekolah Kebangsaan
Felda Palong Satu pada jam 10.30 pagi tadi.
Segalanya berjalan lancar..cuma pada pendapat saya urusetia SPR
kurang bersedia dari segi perancangan trafik dan susun aturan bilik
mengundi yang agak kurang teratur.

Apapun..saya mengharapkan keputusan undian pilihanraya
kali ini diterima sebulat suara dengan hati yg terbuka
oleh semua rakyat Malaysia.

"usah menang bersorak..tanah tergadai.."



xxx ?!!!

XXX

Ahah!

Esok hari kita memangkah. Satu tanda X itu sungguh mahal dan berharga.
 X yang akan menentukan halatuju negara kita selepas ini.
 Demam pilihanraya kali ini agak berbeza..tidak lagi suam suam "dedor"
seperti yg sebelum-sebelum ini. Perang kempen..perang mulut..
perang penulisan hebat berlaku disana sini.
Aduhai sahabat-sahabat semua..apapun pilihan undian anda..
ayuh kita saling hormat-menghormati dan menerima keputusan majoriti pilihan
semua dengan hati yg terbuka. Perbalahan akan hanya mengeruhkan
keadaan dan mencalar keharmonian tanah air kita yg tercinta.

Pendapat peribadi saya tentang gelodak politik yg berlaku sekarang?
Mudah sahaja. Dunia ini pun hanya pinjaman..
kita hanya menumpang bumi milik Tuhan..
bukan untuk selamanya. Selagi jasad dikandung badan..
saya bersyukur dengan keharmonian
dan kesejahteraan hidup dalam negara yg berbilang bangsa.
Asalkan agama Islam masih dijunjung
mulia..mudahan maruah bangsa Melayu terus terpelihara.

"akibat sengketa..sesama kita..pribumi merintih sendiri"



@CheharJaja

Salam...

Bertahun telah berlalu...dan Amharyzz telah lama berehat..mengundur diri dari
halaman blog. Berbagai-bagai cerita..luahan suka dan duka tercoret di dada 
diari siber ini. Kenangan pahit dan manis itu akan tetap menjadi teman sepanjang
perjalanan hidup ini..kerana pengalaman-pengalaman itu adalah guru yg memberi
pengajaran yg berguna demi mendapat penghidupan yg lebih baik..lebih berkualiti..
dan lebih membahagiakan di sini..dan di juga utk di sana nanti. InsyaAllah.

Amharyzz yg dulu biarlah tersimpan kemas di ruang ingatan. Bukan membenci..bukan
menjauh..namun masa telah jauh meninggalkan. Lara jiwa dan omokan rasa cuba kita
surutkan perlahan-lahan..lalu kita tiupkan semangat baru..bangunkan semula azam yg 
telah lama mendiam. Riangkan semula hati yg telah jemu menanti. Semaikan semula
kasih sayang bersulam bahagia. Insyaallah.

Salam kemanisan..salam penuh kemesraan dari cheharjaja @ amharyzz.com